Tuesday, October 16, 2018

AHLI KUMPULAN

AHLI KUMPULAN :

NUR EMILIA SYAZWANA BINTI MOHD YUSUF

ARIFAH SYAFIQAH BINTI ABDUL MUTALIB

NURUL ATIQAH AQMA BINTI HUSNI

NOR ATIKAH SUHAILA BINTI ABD GHANI

NUR AZREEN BINTI JOHARI

KUGANESWARY MORELI

HUKUM MENGALIHKAN DAN MENAIKTARAFKAN KUBUR ORANG ISLAM


HUKUM MENGALIHKAN DAN MENAIKTARAF KUBUR ORANG ISLAM 



ISI KANDUNGAN
NO.
PERKARA
HALAMAN
1.
Pengenalan

2.
Objektif  tugasan.


3.
Definisi tanah perkuburan orang islam.        

4.
Faktor mengalihkan kubur dan menaiktaraf kubur

5.
Hukum mengalihkan kubur dan menaiktaraf kubur.

6.
Fatwa ulama’ tentang menaiktarafkan kubur.

7.
Pendapat ulama’ tentang pemindahan kubur.

8.
Larangan memperhiaskan kubur secara berlebihan. 

9.
Senarai sumber rujukan.

10.
Lampiran



PENGENALAN     
  Di dalam pembangunan negara yang serba canggih dan maju ini ramai umat islam telah mengubah bentuk kubur ahli keluarga mereka dengan pelbagai bentuk binaan yang dibina diatas kubur tersebut. Topik tentang hukum menaiktaraf kubur ini pernah menjadi topik diskusi yang hangat dikalangan para ulama. Hal ini demikian kerana, umat islam hari ini terlalu mengikut kehendak yang mahukan kesempurnaan.
            Bagi sesetengah umat islam, menghiasi kubur supaya kelihatan cantik pada pandangan mata masyarakat itu dibolehkan, pada hakikatnya hukum menghiasi kubur adalah haram. Namum begitu,ada juga segelintir masyarakat yang mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah haram, namun akibat daripada sikap yang tidak bertanggungjawab itu menyebabkan mereka tidak mengambil endah. Meskipun begitu, terdapat juga masyarakat yang berani menegur, namun teguran itu tidak diendahkan malahan mereka diperlekehkan kerana menganggap mereka itu tidak berfikiran terbuka.
            Maka, tugasan ini dilaksanakan bagi mengkaji hukum pemindahan kubur orang Islam serta menaiktaraf kubur berkenaan.


OBJEKTIF
Tujuan tugasan ini dilaksanakan adalah untuk :
1)      Mengkaji hukum pemindahan dan menaiktarafkan kubur orang islam.
2)      Mengkaji pendapat ulama mengenai isu pemindahan dan menaiktaraf kubur orang islam.
3)      Mengenalpasti pemindahan kubur dan menaiktaraf kubur yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam islam.


  


1.      DEFINISI

1.1  Pemindahan kubur

Memindahkan kubur atau makam dalam bahasa arab sering di sebutkan dalam istilah “نَقْلُ اْلمَقَابِرْ”, iaitu suatu upaya memindahkan perkuburan dari suatu lokasi kepada lokasi yang lain kerana tanah perkuburan yang lama tidak dapat lagi berfungsi sebagaimana biasanya, atau ada pertimbangan-pertimbangan lain yang mendesaknya.

Para Ulama telah sepakat bahawa asalnya membongkar kuburan untuk  dipindahkan atau tujuan lainnya yang tidak ada kepentingan darinya adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam, kerana perbuatan tersebut bertentangan dengan prinsip penghormatan terhadap manusia, kerana manusia terhormat ketika hidup dan ketika dia telah mati.

Jika sekiranya memang ada pertimbangan lain yang mendorong untuk memindahkan jenazah yang telah di makamkan, maka perlu di ketahui sebahagian besar para Ulama menetapkan bahawa hal tersebut di bolehkan, kerana dalam keadaan darurat dan ada alasan-alasan yang dibenarkan oleh syariat.

1.2  Menaiktaraf kubur

Manakala menaiktarafkan kubur pula bermaksud mencantikan kubur atau menghiasi kubur dengan berlebih-lebihan. Hal ini dilarang oleh Nabi Muhammad S.A.W. sendiri kerana bagi mengelakkan dari berlakunya khurafat ataupun syirik. Dalam hal ini , contohnya kubur itu mempunyai pemandangan yang elok dan cantik yang boleh menampakkan unsur khurafat yang boleh mempengaruhi minda orang yang kurang kemanisan  iman untuk melakukan perkara kufur kepada Allah S.W.T.



2. FAKTOR PEMINDAHAN DAN MENAIKTARAF KUBUR
Berikut adalah faktor- faktor berlakunya pemindahan dan menaiktaraf kubur. Antaranya ialah:

a)      Darurat
Dalam kes darurat kubur dibenarkan untuk di dipindahkan dan dinaiktaraf. Ini bertujuan untuk memelihara kemaslahatan jenazah. Sebagai contoh, jika tanah pekuburan tersebut dikhuatiri akan tenggelam akibat akan dilanda bencana banjir atau ada sesuatu yang mengancam keselamatan jenazah yang ada di dalam kuburan.

b)      Tanah yang digunakan bukan hak dari jenazah tersebut.
Dalam kes ini pula, kubur dibenarkan untuk dipindahkan ke tempat lain kerana tanah  yang digunakan untuk menguburkan jenazah bukan hak dari jenazah tersebut. Menurut para ahli fiqh, bahawa di bolehkan untuk memindahkan jenazah dari tanah yang tidak jelas statusnya kepada kubur lain yang memang ditentukan. Dan di utamakan menguburkan  seorang Muslim di tempat ramai orang mukmin dan soleh.

c)      Tanah perkuburan dinaiktaraf untuk tujuan pembinaan.
Masalah masyarakat umum menjadi sebab selanjutnya di bolehkannya memindahkan jenazah yang telah dikuburkan, seperti kawasan tersebut  akan digunakan untu membina masjid, sekolah, rumah sakit dan sebagainya. Ilmuan ada mengatakan bahawa menghilangkan mudarat dan menolaknya sedapat mungkin, menanggung mudarat yang lebih kecil dari menolak mudarat yang lebih besar, dan menghilangkan kemaslahatan yang lebih kecil untuk memperoleh kemaslahatan yang lebih besar.

d)     Sikap manusia pada masa kini, yang ingin membalas jasa seseorang itu.
Dalam kes ini pula,sikap manusia yang dimaksudkan ialah mereka ingin membalas jasa baik yang pernah dilakukan oleh si mati kepadanya.. Sebagai contohnya, seorang anak akan melakukan apa-apa sahaja terhadap ibubapanya apabila telah meninggal dunia dengan membalas jasa kepada mereka dengan membuat simen atas kubur atau  meletakkan jubin-jubin untuk tujuan mengelakkan daripada haiwan buas malah memberi kemudahan kepada mereka untuk mengesan kubur hak milik.


3. HUKUM

Hukum Haram memindahkan dan menaiktaraf kubur orang islam.

Hukum pemindahan dan menaiktarafkan kubur orang islam adalah perbuatan yang haram.Ini berdasarkan hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Jabir r.a :

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ وَأَنْ يُقْعَدَ عَلَيْهِ وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ

Maksudnya :” Rasulullah saw melarang membina kubur dengan batu kapur, juga (dilarang) untuk duduk di atasnya dan dilarang juga dibina binaan.”

(Riwayat Muslim (2289)

Juga di dalam athar yang disebut  oleh Saidina Ali r.a kepada Abu Hajjaj al-Asadiy bahawa tidak boleh meninggikan kubur melebihi sejengkal dari paras tanah. Kata Saidina Ali ;

أَ           لاَّ أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِى عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَنْ لاَ تَدَعَ تِمْثَالاً إِلاَّ طَمَسْتَهُ وَلاَ قَبْرًا مُشْرِفًا إِلاَّ سَوَّيْتَهُ

Maksudnya:Tidakkah mahu aku ingatkan engkau sepertimana Rasulullah saw ingatkan aku.Iaitu jangan meninggalkan patung melainkan engkau hancurkannya. Dan (jangan meninggalkan) kubur yang tinggi melainkan engkau ratakannya.”          
                                                   Riwayat Muslim (2287/969)
 Kata Imam al-Nawawi :

“Dan ditinggikan kubur dengan kadar satu jengkal sahaja dan diratakan lebih utama dari dibina binaan.”

Apatah lagi jika menghiasi kubur dengan simen dan jubin-jubin di kawasan tanah  perkuburan awam .Ini kerana ianya boleh menimbulkan kesusahan dan kesempitan kepada orang  lain.

Imam al-Romli menyebut :

“Jika dibina (binaan) di perkuburan awam maka perlu diruntuhkan kerana ia boleh menimbulkan kesusahan pada yang lain.”

Jika ada sebab yang munasabah seperti takut tanah kubur runtuh ataupun ditakuti ada binatang buas  yang akan mengali  atau memusnahkan kubur maka tidak haram  tetapi mesti ingat bahawa dibina hanya sekadar yang perlu sahaja tidaklah berlebih-berlebihan.

Ibnu Hajar al-Haitami menyatakan :

“Jika ditakuti (kubur) digali atau takut akan haiwan yang mengorek ataupun takut tanah kubur runtuh maka tidak makruh untuk membina serta meletakkan  batu kapur.”

Di samping itu, hukum pemindahan pula adalah haram pada dasarnya dan tidak dibenarkan untuk menggali semula kubur jenazah yang telah dikebumikan. Ini berdasarkan hadith 'Aisyah R.Anha bahawa Nabi SAW bersabda:
كَسْرُ عَظْمِ الْمَيِّتِ كَكَسْرِهِ حَيًّا
Maksudnya: "Mematahkan tulang orang yang telah mati adalah seperti mematahkan tulangnya semasa hidup"
 Riwayat Abu Daud (1616)

Syiekh Khalid ibn Ali al-Musyaiqih mengatakan bahawa hadith diatas menunjukkan bahawa seorang Islam mempunyai harga diri, sama ada ia hidup ataupun telah mati. Menurut beliau tidak dibenarkan menggali semua kubur melainkan mempunyai alasan-alasan yang tertentu, dan biasanya perkara-perkara seperti ini hendaklah dirujuk kepada hakim syariah yang akan memberi keputusan keatas alasan yang diberikan.

Dr Ahmad Al-Syarbasi berkata:

“Kubur ialah tempat di mana seorang Islam dikebumikan dan  menjadi miliknya, maka tidak dibenarkan oleh Islam untuk menggalinya kembali melainkan sebab yang munasabah.

Hukum Harus memindahkan dan menaiktarafkan kubur orang islam

Jumhur ulama' membenarkan kubur digali semula akan tetapi terdapat khilaf dalam kalangan mereka iaitu sebab yang membolehkan kubur tersebut digali semula.

Jumhur Ulama’ berpendapat, sekiranya  alasan dan sebab yang munasabah seperti mana yang terdapat dalam ummahatul kutub iaitu berlaku kebanjiran, tanah runtuh sehingga terzahir mayat atau disebabkan maslahat yang amat besar seperti arahan pemerintah yang adil untuk memindahkannya, maka sebahagian besar ulama’ mengharuskan pemindahan mayat. Sebagai contoh, daripada sayyidul syuhada iaitu ’, Hamzah bin Abdil Muttalib yang juga dipindahkan mayatnya.

Selain itu, pendapat Abu Abdullah al-Zubairi yang mengatakan boleh memindahkan mayat jika kuburnya dipenuhi atau menjadi tempat takungan air serta keadaan tanahnya lembap, Imam Nawawi Rahimahullah berkata:

قول الزُبيرِي أَصحُ فقدْ ثبتَ فِي صحيحِ البخارِي عَن جابرِ بن عبدِ الله رَضِى الله عنهما أنهُ دَفنَ أباهُ يومَ أحدٍ معَ رجلٍ آخرٍ في قبرٍ قالَ ثُمَّ لَمْ تَطِبْ نفسِي إن أتركَهُ مع آخرٍ فاستخرجتُهُ بعدَ ستةٍ أشهرٍ فَإِذَا هوَ كَيومٍ وضعتُهُ هُيئةٍ غيرَ اذنِهِ وفِى روايةٍ للبخارِي أيضًا اخرجتُهُ فجعلتُهُ فيِ قبرٍ علي حدةٍ وذكرَ ابنٌ قتيبةَ فِي المعارفِ وغيرِهِ ان طلحةَ بن عبدِ اللهِ أحد العشرةَ رضي الله عنهُمْ دُفنَ فرأتْهٌ بنتُهُ عائشةٌ بعدَ دفنِهِ بثلاثينَ سنةً فِي المنامِ فشكَا إليهَا النَزَّ فأمرتْ بِهِ فاستخرجَ طريًّا فدُفنَ فَي دارِهِ بالبصرةِ

Maksudnya: Pendapat al-Zubairi adalah paling sahih, hal ini kerana telah ada dan sahih dalam sahih Bukhari daripada Jabir RA bahawa sesungguhnya telah dikebumikan bapanya dalam peperangan Uhud bersama dengan seorang lelaki yang lain dalam satu liang lahad kemudian katanya hatiku kurang senang jika aku membiarkannya bersama orang lain selepas itu aku menggalinya selepas enam bulan dan mengalihkannya  dia seperti hari pertama aku mengebumikannya tanpa berubah tetapi telinganya, (dalam satu riwayat lain juga oleh Imam al-Bukhari disebutkan) aku mengeluarkannya dan memindahkannya ke kubur sendiri. Di dalam kitab al-Ma’arif Ibnu Qutaibah dan lain-lain mengatakan  bahawa Talhah bin Qutaibah R.Anhuma (salah seorang daripada sepuluh orang yang dijamin masuk syurga) telah dikuburkan selama tiga puluh tahun. Kemudian anak perempuannya bernama Aisyah bermimpi melihat Talhah mengadu kuburnya ditakungi air, lalu Aisyah menyuruh supaya kubur itu digali semula, dan dia pun dikeluarkan dalam keadaan yang masih baik lalu dikuburkan di kampungnya di Basrah.
                              Imam al-Nawawi (5/273).


4. FATWA BERKAITAN PENGGALIAN DAN MENAIKTARAF KUBUR ORANG ISAM

4.1 Fatwa berkaitan penggalian kubur    

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 telah membincangkan isu ini dan memutuskan bahawa:

1.Harus menggali semula tanah perkuburan sekiranya terdapat keperluan yang mendesak atau darurat dengan sebab-sebab tertentu yang diharuskan oleh syarak.

2.Harus menggali semula tanah perkuburan untuk digunakan bagi mengebumikan mayat yang baru setelah dikenal pasti oleh pihak berkuasa bahawa mayat tersebut telah pun reput

4.2 Fatwa berkaitan menaiktaraf kubur
a) Fatwa Syaikh Abdul ‘Aziz Bin Baaz
Kubur tidak boleh dinaiktaraf atau dibina dengan perhiasan , sama ada  dengan semen , air kapur atau lain-lain malah juga tidak boleh menulisnya. Hal ini demikian kerana ada hadith yang sahih dari Nabi S.A.W. yang melarang membangun tanah kubur dan menulis diatasnya. Imam Muslim R.A meriwayatkan dari hadith Jabir R.A. beliau berkata:

نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ وَأَنْ يُقْعَدَ عَلَيْهِ وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ

“Rasulullah  S.A.W. melarang kubur dikapur, diduduki, dan dibangun”

At Tirmidzi dan ulama hadits yang lain juga meriwayatkan hadith ini dengan sanad yang sahih , namun dengan lafaz tambahan:
وَأَنْ يُكْتَبَ عَلَيْهِ
“dan (juga dilarang) ditulisi”

Hal itu termasuklah bentuk sikap berlebih-lebihan sehingga wajib mencegahnya.

Selain itu, menghias kubur dengan menulis  juga berisiko yang boleh menimbulkan konsekuensi berupa sikap berlebihan dan sikap-sikap lain yang dilarang syar’iat. Kubur boleh ditinggikan sekitar satu jengkal sehingga orang-orang tahu bahawa di situ ada kubur adalah dibenarkan dalam islam. Cara inilah yang sesuai dengan sunnah yang disuruh oleh Rasulullah S.A,W  dalam masalah menaiktaraf dan penggalian kubur .
b) Fatwa Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin
Menaiktaraf kubur hukumnya adalah  haram. Ini telah dilarang oleh Nabi S.A.W. kerana dalam perbuatan ini ada unsur pengagungan terhadap ahli kubur.

Perbuatan ini juga merupakan perantaraan yang membawa kepada penyembahan kubur apabila kubur tersebut menjadi  sumber penyembahan selain Allah. Hal ini sudah banyak terjadi pada kubur yang sudah ada apabila dihias dengan megahnya, dan akhirnya orang-orang akan terjurus untuk melakukan syirik kepada Allah S.W.T. terhadap si mayat penghuni kubur tersebut. Mereka akan berdoa kepada si mayat selain berdoa kepada Allah.


4.3 Pendapat ulama tentang pemindahan kubur.
Sebagian besar ulama, bersepakat menjelaskan  soal haramnya memindahkan makam. Kecuali, ada alasan yang dibenarkan syariat.

a) Imam Maliki
Dalam hal ini, beliau  memperbolehkan pemindahan jenazah yang sudah dikubur dengan alasan kemaslahatan. Di antaranya, untuk memudahkan keluarga menziarah.

b) Mazhab Hanafi.
Mahzab Hanafi dengan tegas melarang penggalian kubur, kecuali ada sebab yang berkaitan  dengan hak adami. Seperti, ada perhiasan yang jatuh di dalamnya, dikafankan dengan kain yang dicuri, atau ada harta yang tertanam bersama jenazah.

c) Ibnu Qudamah
Ibnu Qudamah al-Hambali dalam kitabnya al-Mughni pernah ditanya soal jenazah yang dikeluarkan dari kuburnya.Beliau membolehkan untuk menggali dan mengeluarkan jenazah terebut jika di kubur itu ada sesuatu yang mengganggu, seperti air yang mengalir atau bertakung. Imam Mawardi dalam kitabnya  al-Ahkam as-Sulthaniyah menegaskan syarat apabila kubur tersebut penuh dengan takungan air atau sangat lembab.

d) Imam Nawawi.
Imam Nawawi dalam al-Majmu mengatakan Ibnu Qutaibah yang menyebut dalam kitabnya al-Maarif bahawa Thahah bin Ubaidillah iaitu salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga  telah dikuburkan selama 30 tahun tetapi anaknya  yang bernama Aisyah bermimpi bahawa Thalhah mengadu kuburnya ditakungi air lalu Aisyah menyuruh untuk menggali semula kubur ayahnya dan dipindahkan ke Basrah iaitu kampungnya.

e) Syeikh Yusuf Qaradhawi.
Syekh Qaradhawi mengambil pendapat Syekhul Islam Ibnu Taimiyah dalam masalah Muawiyah. Pada masa pemerintahan Muawiyah, beliau hendak mengalirkan  air dari mata air Uyun Hamzah ke Madinah. Namun, aliran ini akan melintasi kubur syuhada. Dalam Fatwa Ibnu Taimiyah mengatakan, pada masa itu, masih ramai para sahabat  dan tak seorang pun mengingkarinya. Sehingga, hal tersebut dianggap ijma’.
Atas dasar itu, Syeikh Qaradhawi menyebut jika harus memindahkan jenazah, harus kubur yang sudah tidak dipakai selama 20 tahun.


5. LARANGAN BERLEBIHAN TERHADAP KUBUR

Dari Jundab, beliau  berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda,

أَلاَ وَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ كَانُوا يَتَّخِذُونَ قُبُورَ  أَنْبِيَائِهِمْ وَصَالِحِيهِمْ مَسَاجِدَ أَلاَ فَلاَ تَتَّخِذُوا الْقُبُورَ  مَسَاجِدَ إِنِّى أَنْهَاكُمْ عَنْ ذَلِكَ

Ingatlah bahawa orang sebelum kalian, mereka telah menjadikan kubur nabi  dan orang soleh mereka sebagai masjid. Ingatlah, janganlah kamu jadikan kubur sebagai masjid. Sungguh aku benar-benar melarang dari perbuatan demikian
(HR.  Muslim no. 532).

Ummu Salamah pernah bercerita kepada Rasulullah S.A.W. mengenai gereja yang pernah dilihatnya di negeri Hanbsyah yang disebut  Mariyah. Dia  menceritakan kepada Nabi S.A.W. apa yang dia lihat di dalamnya terdapat  gambar-gambar. Lantas Rasulullah S.A.W.  bersabda,

أُولَئِكَ قَوْمٌ إِذَا مَاتَ فِيهِمُ الْعَبْدُ الصَّالِحُ – أَوِ الرَّجُلُ  الصَّالِحُ – بَنَوْا عَلَى قَبْرِهِ مَسْجِدًا ، وَصَوَّرُوا فِيهِ تِلْكَ  الصُّوَرَ ، أُولَئِكَ شِرَارُ الْخَلْقِ عِنْدَ اللَّهِ

Mereka adalah kaum yang jika hamba atau orang soleh mati di  tengah-tengah mereka, maka mereka membina  masjid di atas kuburnya. Lantas  mereka membuat gambar-gambar (orang soleh) tersebut. Mereka inilah  sehodoh-hodoh makhluk di sisi Allah
(HR. Bukhari no. 434).
Dari ‘Aisyah R.A. Nabi S.A.W. bersabda,

لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى ، اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ  مَسْجِدًا
Allah melaknat orang Yahudi dan Nashrani di mana mereka menjadikan kubur  para nabi mereka sebagai masjid                                  (HR. Bukhari no. 1330 dan Muslim no.  529).



                                              

 RUJUKAN

Ahmad Multazam, Universitas Islam Negeri Walisongo (2013)

Muhammad Shahrulnizam Muhadi (2018)

Abdulrahman (2018)

Nadzirah (2015)

Ustadz Ndaru Triutomo, S.Si iaitu Ketua Yayasan Pendidikan Islam Al-Atsari (2013)

Hafiz Muftisani, pemberita islam (2016)

Muhammad Abduh Tuasikal, MSc. (2013)