AHLI KUMPULAN :
NUR EMILIA SYAZWANA BINTI MOHD YUSUF
ARIFAH SYAFIQAH BINTI ABDUL MUTALIB
NURUL ATIQAH AQMA BINTI HUSNI
NOR ATIKAH SUHAILA BINTI ABD GHANI
NUR AZREEN BINTI JOHARI
KUGANESWARY MORELI
UmmuBarkah
Tuesday, October 16, 2018
HUKUM MENGALIHKAN DAN MENAIKTARAFKAN KUBUR ORANG ISLAM
HUKUM MENGALIHKAN DAN MENAIKTARAF KUBUR ORANG ISLAM
ISI KANDUNGAN
|
NO.
|
PERKARA
|
HALAMAN
|
|
1.
|
Pengenalan
|
|
|
2.
|
Objektif tugasan.
|
|
|
3.
|
Definisi
tanah perkuburan orang islam.
|
|
|
4.
|
Faktor
mengalihkan kubur dan menaiktaraf kubur
|
|
|
5.
|
Hukum
mengalihkan kubur dan menaiktaraf kubur.
|
|
|
6.
|
Fatwa
ulama’ tentang menaiktarafkan kubur.
|
|
|
7.
|
Pendapat
ulama’ tentang pemindahan kubur.
|
|
|
8.
|
Larangan
memperhiaskan kubur secara berlebihan.
|
|
|
9.
|
Senarai
sumber rujukan.
|
|
|
10.
|
Lampiran
|
|
PENGENALAN
Di dalam pembangunan negara yang serba
canggih dan maju ini ramai umat islam telah mengubah bentuk kubur ahli keluarga
mereka dengan pelbagai bentuk binaan yang dibina diatas kubur tersebut. Topik
tentang hukum menaiktaraf kubur ini pernah menjadi topik diskusi yang hangat
dikalangan para ulama. Hal ini demikian kerana, umat islam hari ini terlalu
mengikut kehendak yang mahukan kesempurnaan.
Bagi sesetengah umat islam,
menghiasi kubur supaya kelihatan cantik pada pandangan mata masyarakat itu
dibolehkan, pada hakikatnya hukum menghiasi kubur adalah haram. Namum begitu,ada
juga segelintir masyarakat yang mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah
haram, namun akibat daripada sikap yang tidak bertanggungjawab itu menyebabkan
mereka tidak mengambil endah. Meskipun begitu, terdapat juga masyarakat yang
berani menegur, namun teguran itu tidak diendahkan malahan mereka diperlekehkan
kerana menganggap mereka itu tidak berfikiran terbuka.
Maka, tugasan ini dilaksanakan bagi mengkaji hukum
pemindahan kubur orang Islam serta menaiktaraf kubur berkenaan.
OBJEKTIF
Tujuan tugasan ini
dilaksanakan adalah untuk :
1)
Mengkaji hukum pemindahan dan
menaiktarafkan kubur orang islam.
2)
Mengkaji pendapat ulama mengenai isu
pemindahan dan menaiktaraf kubur orang islam.
3)
Mengenalpasti pemindahan kubur dan
menaiktaraf kubur yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam islam.
1.
DEFINISI
1.1 Pemindahan kubur
Memindahkan kubur atau makam dalam bahasa arab sering di sebutkan dalam
istilah “نَقْلُ اْلمَقَابِرْ”, iaitu suatu
upaya memindahkan perkuburan dari suatu lokasi kepada lokasi yang lain kerana tanah perkuburan yang lama tidak
dapat lagi berfungsi sebagaimana biasanya, atau ada pertimbangan-pertimbangan
lain yang mendesaknya.
Para Ulama telah sepakat bahawa asalnya membongkar kuburan untuk dipindahkan atau tujuan
lainnya yang tidak ada kepentingan darinya adalah perbuatan yang dilarang dalam
Islam, kerana perbuatan tersebut bertentangan dengan prinsip penghormatan terhadap
manusia, kerana manusia terhormat ketika
hidup dan ketika dia telah mati.
Jika sekiranya memang ada pertimbangan lain yang mendorong untuk
memindahkan jenazah yang telah di makamkan, maka perlu di ketahui sebahagian besar para Ulama menetapkan bahawa hal tersebut di bolehkan, kerana dalam keadaan darurat dan ada alasan-alasan yang dibenarkan oleh syariat.
1.2 Menaiktaraf kubur
Manakala
menaiktarafkan kubur pula bermaksud mencantikan kubur atau menghiasi kubur
dengan berlebih-lebihan. Hal ini dilarang oleh Nabi Muhammad S.A.W. sendiri
kerana bagi mengelakkan dari berlakunya khurafat ataupun syirik. Dalam hal ini
, contohnya kubur itu mempunyai pemandangan yang elok dan cantik yang boleh
menampakkan unsur khurafat yang boleh mempengaruhi minda orang yang kurang
kemanisan iman untuk melakukan perkara kufur
kepada Allah S.W.T.
2. FAKTOR PEMINDAHAN DAN
MENAIKTARAF KUBUR
Berikut
adalah faktor- faktor berlakunya pemindahan dan menaiktaraf kubur. Antaranya
ialah:
a)
Darurat
Dalam kes darurat kubur
dibenarkan untuk di dipindahkan dan dinaiktaraf. Ini bertujuan untuk memelihara kemaslahatan
jenazah. Sebagai
contoh, jika tanah pekuburan tersebut dikhuatiri
akan tenggelam akibat akan dilanda bencana banjir
atau ada sesuatu yang mengancam keselamatan jenazah yang ada di dalam kuburan.
b)
Tanah yang digunakan bukan hak dari jenazah
tersebut.
Dalam kes
ini pula, kubur dibenarkan untuk dipindahkan ke tempat lain kerana tanah yang digunakan untuk menguburkan jenazah bukan hak dari jenazah tersebut. Menurut para ahli fiqh, bahawa di bolehkan untuk memindahkan jenazah dari tanah yang tidak jelas statusnya kepada kubur
lain yang memang ditentukan. Dan di utamakan
menguburkan seorang Muslim di tempat ramai orang mukmin dan
soleh.
c)
Tanah perkuburan dinaiktaraf untuk tujuan
pembinaan.
Masalah masyarakat umum menjadi sebab selanjutnya di bolehkannya memindahkan jenazah yang telah dikuburkan, seperti kawasan
tersebut akan digunakan untu membina masjid, sekolah, rumah sakit dan sebagainya. Ilmuan ada
mengatakan bahawa menghilangkan mudarat dan menolaknya sedapat mungkin, menanggung mudarat
yang lebih kecil dari menolak mudarat yang lebih besar, dan menghilangkan
kemaslahatan yang lebih kecil untuk memperoleh kemaslahatan yang lebih besar.
d) Sikap
manusia pada masa kini, yang ingin membalas jasa seseorang itu.
Dalam kes ini pula,sikap manusia yang
dimaksudkan ialah mereka ingin membalas jasa baik yang pernah dilakukan oleh si
mati kepadanya.. Sebagai contohnya, seorang anak akan melakukan apa-apa sahaja
terhadap ibubapanya apabila telah meninggal dunia dengan membalas jasa kepada
mereka dengan membuat simen atas kubur atau meletakkan jubin-jubin untuk tujuan
mengelakkan daripada haiwan buas malah memberi kemudahan kepada mereka untuk
mengesan kubur hak milik.
3. HUKUM
Hukum
Haram memindahkan dan menaiktaraf kubur orang islam.
Hukum pemindahan
dan menaiktarafkan kubur orang islam adalah perbuatan yang haram.Ini
berdasarkan hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Jabir r.a :
نَهَى
رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ وَأَنْ يُقْعَدَ
عَلَيْهِ وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ
Maksudnya :” Rasulullah saw melarang
membina kubur dengan batu kapur, juga (dilarang) untuk duduk di atasnya dan
dilarang juga dibina binaan.”
(Riwayat
Muslim (2289)
Juga di
dalam athar yang disebut oleh Saidina Ali r.a kepada Abu Hajjaj al-Asadiy
bahawa tidak boleh meninggikan kubur melebihi sejengkal dari paras tanah. Kata
Saidina Ali ;
أَ لاَّ أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِى
عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَنْ لاَ تَدَعَ تِمْثَالاً إِلاَّ
طَمَسْتَهُ وَلاَ قَبْرًا مُشْرِفًا إِلاَّ سَوَّيْتَهُ
Maksudnya:”Tidakkah mahu aku ingatkan engkau
sepertimana Rasulullah saw ingatkan aku.Iaitu jangan meninggalkan patung
melainkan engkau hancurkannya. Dan (jangan meninggalkan) kubur yang tinggi
melainkan engkau ratakannya.”
Riwayat
Muslim (2287/969)
Kata
Imam al-Nawawi :
“Dan
ditinggikan kubur dengan kadar satu jengkal sahaja dan diratakan lebih utama
dari dibina binaan.”
Apatah
lagi jika menghiasi kubur dengan simen dan jubin-jubin di kawasan tanah perkuburan awam .Ini kerana ianya boleh
menimbulkan kesusahan dan kesempitan kepada orang lain.
Imam
al-Romli menyebut :
“Jika
dibina (binaan) di perkuburan awam maka perlu diruntuhkan kerana ia boleh
menimbulkan kesusahan pada yang lain.”
Jika ada
sebab yang munasabah seperti takut tanah kubur runtuh ataupun ditakuti ada
binatang buas yang akan mengali atau memusnahkan kubur maka tidak haram tetapi mesti ingat bahawa dibina hanya sekadar
yang perlu sahaja tidaklah berlebih-berlebihan.
Ibnu
Hajar al-Haitami menyatakan :
“Jika ditakuti (kubur) digali atau takut akan haiwan yang
mengorek ataupun takut tanah kubur runtuh maka tidak makruh untuk membina serta
meletakkan batu kapur.”
Di samping itu, hukum pemindahan pula adalah
haram pada dasarnya dan tidak dibenarkan untuk menggali semula kubur jenazah
yang telah dikebumikan. Ini berdasarkan hadith 'Aisyah R.Anha bahawa Nabi SAW
bersabda:
كَسْرُ عَظْمِ الْمَيِّتِ كَكَسْرِهِ حَيًّا
Maksudnya: "Mematahkan tulang orang
yang telah mati adalah seperti mematahkan tulangnya semasa hidup"
Riwayat Abu
Daud (1616)
Syiekh Khalid ibn Ali al-Musyaiqih
mengatakan bahawa hadith diatas menunjukkan bahawa seorang Islam mempunyai
harga diri, sama ada ia hidup ataupun telah mati. Menurut beliau tidak
dibenarkan menggali semua kubur melainkan mempunyai alasan-alasan yang
tertentu, dan biasanya perkara-perkara seperti ini hendaklah dirujuk kepada
hakim syariah yang akan memberi keputusan keatas alasan yang diberikan.
Dr Ahmad Al-Syarbasi berkata:
“Kubur ialah tempat di mana seorang
Islam dikebumikan dan menjadi miliknya,
maka tidak dibenarkan oleh Islam untuk menggalinya kembali melainkan sebab yang
munasabah.
Hukum Harus memindahkan dan
menaiktarafkan kubur orang islam
Jumhur ulama' membenarkan kubur digali
semula akan tetapi terdapat khilaf dalam kalangan mereka iaitu sebab yang
membolehkan kubur tersebut digali semula.
Jumhur Ulama’ berpendapat, sekiranya alasan dan sebab yang munasabah seperti mana
yang terdapat dalam ummahatul kutub iaitu berlaku kebanjiran, tanah runtuh sehingga terzahir mayat atau disebabkan
maslahat yang amat besar seperti arahan pemerintah yang adil untuk
memindahkannya, maka sebahagian besar ulama’ mengharuskan pemindahan mayat. Sebagai
contoh, daripada sayyidul syuhada iaitu ’, Hamzah bin Abdil Muttalib yang juga
dipindahkan mayatnya.
Selain itu, pendapat Abu Abdullah
al-Zubairi yang mengatakan boleh memindahkan mayat jika kuburnya dipenuhi atau
menjadi tempat takungan air serta keadaan tanahnya lembap, Imam Nawawi
Rahimahullah berkata:
قول الزُبيرِي أَصحُ فقدْ ثبتَ فِي صحيحِ
البخارِي عَن جابرِ بن عبدِ الله رَضِى الله عنهما أنهُ دَفنَ أباهُ يومَ أحدٍ معَ
رجلٍ آخرٍ في قبرٍ قالَ ثُمَّ لَمْ تَطِبْ نفسِي إن أتركَهُ مع آخرٍ فاستخرجتُهُ
بعدَ ستةٍ أشهرٍ فَإِذَا هوَ كَيومٍ وضعتُهُ هُيئةٍ غيرَ اذنِهِ وفِى روايةٍ
للبخارِي أيضًا اخرجتُهُ فجعلتُهُ فيِ قبرٍ علي حدةٍ وذكرَ ابنٌ قتيبةَ فِي
المعارفِ وغيرِهِ ان طلحةَ بن عبدِ اللهِ أحد العشرةَ رضي الله عنهُمْ دُفنَ
فرأتْهٌ بنتُهُ عائشةٌ بعدَ دفنِهِ بثلاثينَ سنةً فِي المنامِ فشكَا إليهَا
النَزَّ فأمرتْ بِهِ فاستخرجَ طريًّا فدُفنَ فَي دارِهِ بالبصرةِ
Maksudnya: “Pendapat al-Zubairi
adalah paling sahih, hal ini kerana telah ada dan sahih dalam sahih Bukhari
daripada Jabir RA bahawa sesungguhnya telah dikebumikan bapanya dalam peperangan
Uhud bersama dengan seorang lelaki yang lain dalam satu liang lahad kemudian
katanya hatiku kurang senang jika aku membiarkannya bersama orang lain selepas
itu aku menggalinya selepas enam bulan dan mengalihkannya dia seperti hari pertama aku mengebumikannya
tanpa berubah tetapi telinganya, (dalam satu riwayat lain juga oleh Imam
al-Bukhari disebutkan) aku mengeluarkannya dan memindahkannya ke kubur sendiri.
Di dalam kitab al-Ma’arif Ibnu Qutaibah dan lain-lain mengatakan bahawa Talhah bin Qutaibah R.Anhuma (salah
seorang daripada sepuluh orang yang dijamin masuk syurga) telah dikuburkan
selama tiga puluh tahun. Kemudian anak perempuannya bernama Aisyah bermimpi
melihat Talhah mengadu kuburnya ditakungi air, lalu Aisyah menyuruh supaya
kubur itu digali semula, dan dia pun dikeluarkan dalam keadaan yang masih baik
lalu dikuburkan di kampungnya di Basrah.
Imam
al-Nawawi (5/273).
4. FATWA BERKAITAN PENGGALIAN DAN MENAIKTARAF KUBUR ORANG ISAM
4.1 Fatwa berkaitan penggalian kubur
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-61 yang bersidang pada
27 Januari 2004 telah membincangkan isu ini dan memutuskan bahawa:
1.Harus menggali semula tanah
perkuburan sekiranya terdapat keperluan yang mendesak atau darurat dengan
sebab-sebab tertentu yang diharuskan oleh syarak.
2.Harus menggali semula tanah
perkuburan untuk digunakan bagi mengebumikan mayat yang baru setelah dikenal
pasti oleh pihak berkuasa bahawa mayat tersebut telah pun reput
4.2
Fatwa berkaitan menaiktaraf kubur
a) Fatwa Syaikh
Abdul ‘Aziz Bin Baaz
Kubur tidak boleh
dinaiktaraf atau dibina dengan perhiasan , sama ada dengan semen , air kapur atau lain-lain malah
juga tidak boleh menulisnya. Hal ini demikian kerana ada hadith yang sahih dari
Nabi S.A.W. yang
melarang membangun tanah kubur dan menulis diatasnya. Imam Muslim R.A meriwayatkan dari hadith
Jabir R.A. beliau berkata:
نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ وَأَنْ يُقْعَدَ عَلَيْهِ وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ
“Rasulullah
S.A.W. melarang kubur
dikapur, diduduki, dan dibangun”
At Tirmidzi dan
ulama hadits yang lain juga meriwayatkan hadith ini dengan sanad yang sahih ,
namun dengan lafaz tambahan:
وَأَنْ يُكْتَبَ عَلَيْهِ
“dan (juga dilarang) ditulisi”
Hal itu termasuklah
bentuk sikap berlebih-lebihan sehingga wajib mencegahnya.
Selain itu,
menghias kubur dengan menulis juga
berisiko yang boleh menimbulkan konsekuensi berupa sikap berlebihan dan
sikap-sikap lain yang dilarang syar’iat. Kubur boleh ditinggikan sekitar satu
jengkal sehingga orang-orang tahu bahawa di situ ada kubur adalah dibenarkan
dalam islam. Cara inilah yang sesuai dengan sunnah yang disuruh oleh Rasulullah
S.A,W dalam masalah menaiktaraf dan penggalian
kubur .
b) Fatwa Syaikh
Muhammad bin Shalih Al Utsaimin
Menaiktaraf kubur
hukumnya adalah haram. Ini telah dilarang
oleh Nabi S.A.W. kerana
dalam perbuatan ini ada unsur pengagungan terhadap ahli kubur.
Perbuatan ini juga
merupakan perantaraan yang membawa kepada penyembahan kubur apabila kubur
tersebut menjadi sumber penyembahan
selain Allah. Hal ini sudah banyak terjadi pada kubur yang sudah ada apabila
dihias dengan megahnya, dan akhirnya orang-orang akan terjurus untuk melakukan
syirik kepada Allah S.W.T. terhadap si mayat penghuni kubur tersebut. Mereka akan
berdoa kepada si mayat selain berdoa kepada Allah.
4.3 Pendapat
ulama tentang pemindahan kubur.
Sebagian
besar ulama, bersepakat menjelaskan soal
haramnya memindahkan makam. Kecuali, ada alasan yang dibenarkan syariat.
a) Imam Maliki
Dalam hal
ini, beliau memperbolehkan pemindahan
jenazah yang sudah dikubur dengan alasan kemaslahatan. Di antaranya, untuk
memudahkan keluarga menziarah.
b) Mazhab Hanafi.
Mahzab
Hanafi dengan tegas melarang penggalian kubur, kecuali ada sebab yang berkaitan
dengan hak adami. Seperti, ada perhiasan
yang jatuh di dalamnya, dikafankan dengan kain yang dicuri, atau ada harta yang
tertanam bersama jenazah.
c)
Ibnu Qudamah
Ibnu
Qudamah al-Hambali dalam
kitabnya al-Mughni pernah ditanya soal jenazah yang dikeluarkan
dari kuburnya.Beliau membolehkan untuk menggali dan mengeluarkan jenazah
terebut jika di kubur itu ada sesuatu yang mengganggu, seperti air yang
mengalir atau bertakung. Imam Mawardi dalam kitabnya al-Ahkam
as-Sulthaniyah menegaskan syarat apabila kubur tersebut penuh dengan
takungan air atau sangat lembab.
d) Imam Nawawi.
Imam
Nawawi dalam al-Majmu mengatakan Ibnu
Qutaibah yang menyebut dalam kitabnya al-Maarif bahawa
Thahah bin Ubaidillah iaitu salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga telah dikuburkan selama 30 tahun tetapi
anaknya yang bernama Aisyah bermimpi bahawa
Thalhah mengadu kuburnya ditakungi air lalu Aisyah menyuruh untuk menggali
semula kubur ayahnya dan dipindahkan ke Basrah iaitu kampungnya.
e) Syeikh Yusuf Qaradhawi.
Syekh Qaradhawi
mengambil pendapat Syekhul Islam Ibnu Taimiyah dalam masalah Muawiyah. Pada
masa pemerintahan Muawiyah, beliau hendak mengalirkan air dari mata air Uyun Hamzah ke Madinah.
Namun, aliran ini akan melintasi kubur syuhada. Dalam Fatwa Ibnu Taimiyah
mengatakan, pada masa itu, masih ramai para sahabat dan tak seorang pun mengingkarinya. Sehingga,
hal tersebut dianggap ijma’.
Atas
dasar itu, Syeikh Qaradhawi menyebut jika harus memindahkan jenazah, harus
kubur yang sudah tidak dipakai selama 20 tahun.
5.
LARANGAN BERLEBIHAN TERHADAP KUBUR
Dari Jundab, beliau
berkata bahawa beliau mendengar
Rasulullah S.A.W. bersabda,
أَلاَ وَإِنَّ مَنْ
كَانَ قَبْلَكُمْ كَانُوا يَتَّخِذُونَ قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ
وَصَالِحِيهِمْ مَسَاجِدَ أَلاَ فَلاَ تَتَّخِذُوا الْقُبُورَ مَسَاجِدَ
إِنِّى أَنْهَاكُمْ عَنْ ذَلِكَ
“Ingatlah bahawa orang sebelum kalian, mereka
telah menjadikan kubur nabi dan orang soleh mereka sebagai masjid.
Ingatlah, janganlah kamu jadikan kubur sebagai masjid. Sungguh aku
benar-benar melarang dari perbuatan demikian”
(HR. Muslim no. 532).
Ummu Salamah pernah
bercerita kepada Rasulullah S.A.W.
mengenai gereja yang pernah dilihatnya di negeri Hanbsyah yang
disebut Mariyah. Dia menceritakan kepada
Nabi S.A.W. apa yang dia lihat di dalamnya terdapat gambar-gambar. Lantas
Rasulullah S.A.W. bersabda,
أُولَئِكَ
قَوْمٌ إِذَا مَاتَ فِيهِمُ الْعَبْدُ الصَّالِحُ – أَوِ الرَّجُلُ
الصَّالِحُ – بَنَوْا عَلَى قَبْرِهِ مَسْجِدًا ، وَصَوَّرُوا فِيهِ تِلْكَ
الصُّوَرَ ، أُولَئِكَ شِرَارُ الْخَلْقِ عِنْدَ اللَّهِ
“Mereka adalah kaum yang jika hamba atau
orang soleh mati di tengah-tengah mereka, maka mereka membina masjid di atas kuburnya. Lantas mereka
membuat gambar-gambar (orang soleh) tersebut. Mereka inilah sehodoh-hodoh
makhluk di sisi Allah”
(HR.
Bukhari no. 434).
Dari ‘Aisyah R.A. Nabi S.A.W. bersabda,
لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى ،
اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسْجِدًا
“Allah melaknat orang Yahudi dan Nashrani di
mana mereka menjadikan kubur para nabi mereka sebagai masjid” (HR.
Bukhari no. 1330 dan Muslim no. 529).
RUJUKAN
Ahmad
Multazam, Universitas Islam Negeri Walisongo (2013)
Abdulrahman (2018)
Nadzirah (2015)
Ustadz Ndaru Triutomo, S.Si
iaitu Ketua Yayasan Pendidikan
Islam Al-Atsari (2013)
Hafiz Muftisani,
pemberita islam (2016)
Muhammad Abduh Tuasikal, MSc. (2013)
Subscribe to:
Posts (Atom)

